Pages

Saturday, 27 June 2015

Bab 9 : Warisan Kesultanan Melayu

Sistem pemerintahan negeri Melayu
a)            Pentadbiran peringkat negeri
1.            Sultan  lambang kedaulatan negeri.
2.            Sultan miliki kesempurnaan,kebolehan, keistimewaan
3.            Kedaulatan melalui kemampuannya melaksanakan undang-undang dengan adil.
4.            Kedaulatan jamin keamanan, kesetiaan dan sokongan
5.            Unsur kukuhkan kedaulatan sultan – kecemerlangan, keunggulan peribadi dan                                      kepahlawanan sultan
6.            Sultan dibantu kerabat diraja & pembesar
7.            Kedaulatan diperkukuh dgn alat kebesaran.
8.            Cap mohor diraja  –   alat kebesaran – mengesahkan arahan dan lambang surat rasmi                                                               kerajaan.
9.            Alat kebesaran lain – tengkolok atau destar
10.           Alat kebesaran tidak boleh digunakan oleh rakyat
11.           Warna kuning pada hiasan

12.           Payung putih dikhaskan kepada raja

13.           Payung kuning digunakan oleh anak raja.
14.          Nobat – alat muzik diraja dalam upacara :
               i.              pertabalan raja,
               ii.             kemangkatan raja dan kerabatnya
               iii.            keberangkatan raja ke balairung seri.
15.          Alat muzik nobat terdiri daripada semambu, gong,  nafiri, serunai, dua gendang besar                          (nakara) dan dua gendang kecil (tabal).
16.          Bahasa dalam/ bahasa istana seperti santap
17.          Rakyat dilarang mengguna bahasa dalam
18.          Perintah sultan mestilah dilaksanakan.
19.           Rakyat yang engkar dianggap derhaka.
20.           Rakyat menderhaka akan ditimpa tulah.
b)            Pentadbiran peringkat jajahan & daerah
1.            Jajahan dan daerah ditadbir oleh pembesar
2.            Pembesar dilantik terus oleh sultan.
3.            Perlantikan melalui pemberian surat tauliah.
4.            Pembesar taat pada sultan.
5.            Tugas utama pembesar jajahan dan daerah :
                i.              jaga keamanan negeri
                ii.             pertahankan kedaulatan negeri.
                iii.            serahkan hasil dan cukai kepada kerajaan.
                iv.           sediakan tenaga kerja.
c)            Pentadbiran peringkat kampung
1.            Tugas ketua kampung(penggawa/penghulu) :
               i.  pungut cukai
               ii. bekalkan tenaga tentera
               iii kekalkan taat setia masyarakat kampung.
               iv.perantara pembesar dan rakyat jelata.

2.            Pemimpin kampung  lain -  golongan agama  
3             Tugas golongan agama :
               i.    penasihat sultan, kadi, mufti
               ii.   berdakwah,
               iii.  kendalikan pengajian agama
               iv.  hasilkan karya agama.
               v.   menjadi imam, khatib, bilal & juru nikah.

4.            Golongan magis :
               i.    seperti bomoh dan pawing
               ii.   mahir di bidang perubatan.
               iii.  berkebolehan menyembuhkan penyakit
               iv.  mengetahui khasiat akar kayu dan herba.
               v.   menjadi pemimpin masyarakat kampung.
Sistem pemerintahan Negeri Sembilan
a)   Adat Perpatih dan Adat Temenggung
1.            Berasal dari Sumatera.
2.            Datuk Perpatih Nan Sebatang  mengasaskan Adat Perpatih di Pagar Ruyong, Sumatera.
3.            Adat perpatih dilaksanakan apabila orang Minangkabau berhijrah ke Tanah Melayu dan                      menetap di Naning & Negeri Sembilan.
4.            Datuk Ketemenggungan – asaskan Adat Temenggung. di Palembang, Sumatera.
5.            Adat Ketemenggungan dibawa ke Tanah Melayu setelah keturunan raja Palembang datang                  ke Melaka.
6.            Adat Temenggung diamalkan di semua negeri di Malaysia kecuali Naning dan Negeri                          Sembilan.
7.            Orang yang mahir dalam mentafsir dan melaksanakan hukum undang adat ialah ketua adat. 
Sistem pemerintahan  Negeri Sembilan
1.            Pemerintah tertinggi ialah Yamtuan Besar
2.            Peranan sama dengan peranan raja Melayu
3.            Undang ialah ketua segala luhak atau luak.
4.            Empat luak diperintah oleh Undang  iaitu Sungai Ujong,  Jelebu,  Johol dan  Rembau
5.            Luak lain diperintah oleh Penghulu.
6.            Tugas Undang          –        memilih Yamtuan Besar.
7.            Lembaga ialah ketua suku atau waris.
8.            Peranan Lembaga :
               i.       pilih Undang
               ii.      jaga keselamatan dan keamanan
               iii.     selesaikan pertelingkahan antara suku
               iv.     kendalikan pembahagian harta pusaka
               v.      perantara anggota sukunya dengan Undang.
9.            Buapak ialah ketua Perut
10.          Setiap anggota Perut merupakan Anak Buah.
11.          Buapak-tmpt rujukan adat dan hukum.
12.          Hidup bersuku-suku
13.          Setiap suku tersebut dianggap satu keluarga.
14.          Pemilihan pemimpin dalam Adat Perpatih :
               i.              Anak Buah memilih Buapak
               ii.             Buapak  memilih Lembaga.
               iii.            Lembaga  memilih Undang.
               iv.           Undang  memilih Yamtuan Besar.
15.          Sistem pemilihan ikut amalan demokrasi.
16.          Mempunyai alat kebesaran diraja
Undang-undang adat
1.            Peraturan berdasarkan amalan kebiasaan
2.            Dihafal secara turun-temurun
(a)   Adat Temenggung
1.            Pemerintahan bercorak autokratik.
2.            Kuasa tertinggi ditangan sultan atau raja.
3.            Peranan sultan :
               i.              ketua pentadbir
               ii.             ketua agama
               iii.            simbol kedaulatan
               iv.           perpaduan rakyat.
4.            Sistem kekeluargaan – sebelah ibu dan ayah.
5.            Lelaki menjadi ketua keluarga.
6.            Nasab keturunan – sebelah bapa.
7.            Perkahwinan – hukum syarak (boleh kahwin sepupu).
8.            Pembahagian harta pusaka – anak lelaki
9.            Hukuman bertujuan memberi pengajaran
10.          Sultan melaksanakan hukuman. Pembesar atau penghulu melakukannya sekiranya mendapat                mandat.
b)            Adat Perpatih
1.            Menekankan demokrasi dan permuafakatan.
2.            Setiap suku mempunyai wakil
3.            Keputusan dibuat bersama.
4.            Yamtuan Besar  berunding dengan Undang
5.            Keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini melahirkan suku.
6.            Nasab keturunan  – sebelah ibu.
7.            Perkahwinan sesama suku dilarang kerana dianggap bersaudara.
8.            Perwarisan harta – sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asas kewujudan suku.
9.            Hukuman bertujuan untuk pemulihan
10.          Undang-undang menyedarkan pesalah supaya tidak mengulang kembali kesilapan.

KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU

    KERAJAAN NEGERI-NEGERI MELAYU

A. KERAJAAN MELAYU TUA
KERAJAAN YANG WUJUD SEBELUM ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA SEPERTI KEDAH, PAHANG DAN PERAK           
KEDAH                                                                      
1. Asal usul nama Kedah :
  • Orang Cina panggil Kedah – Cheh-Cha.
  • Pedagang India – Kedah sebagai Kataha, Kalagam atau Kadaram
  • Pedagang Arab – Kedah sebagai Kalah atau Kalah Bar.
  • Orang Siam – daratan Kedah sebagai Sai.
2. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa,
  • Kedah wujud pada abad ke-7.
  • Raja Kedah pertama – Merong Mahawangsa memeluk Islam
  • guna nama Sultan Muzaffar Shah.
3.  Menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
  • Maharaja Derba Raja memeluk Islam
  • Guna nama Sultan Muzaffar Shah.
4. Sultan Muzaffar Shah bahagi Kedah kepada tiga pusat pentadbiran :
  • Kota Palas
  • Langkawi
  • Kota Ulu.
5.  Kota Setar jadi pusat pentadbiran yang baru
6.  Perlis pada asalnya ialah wilayah Kedah.
  • Mewujudkan pemerintahan sendiri
  • Raja Perlis 1- Sultan Husain Jamalulail.
Kedudukan Kedah strategik menarik minat pedagang dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka, China dan Barat.
8.  Kedah hadapi cabaran kuasa luar.
9.  Kedah bersahabat dengan Siam.
10.  Kedah hantar bunga emas ke Siam
11.  Apabila Kedah diserang Acheh, sultan Kedah berundur ke Perlis dan meminta bantuan Siam.
12. Apabila kerajaan Siam di Ayuthia ditawan Burma, Kedah menjalin persahabatan dgn Burma.
13.  Pada kurun ke-18, politik Kedah tidak stabil.
14.  Kedah diancam oleh Siam
15. Berlaku perebutan takhta
16.  Kedah minta bantuan Inggeris bagi menghadapi ancaman Siam.
17.  Hubungan baik Inggeris dan Kedah menyebabkan Siam menyerang Kedah.
18.  Sultan Kedah, pembesar dan pengikutnya berundur ke Pulau Pinang.
19.  Kedah menyerang balas Siam di Kedah dan memerdekakan Kedah.
20.  Hubungan Kedah dan Siam mula berbaik.
21. Kedah terkenal sebuah pelabuhan entreport.
22. Kedah amalkan Undang-undang Laut Melaka
23.  Pengenalan sistem sukat dan mata wang memudahkan perdagangan.
25.  Permuafakatan dengan negara jiran meningkatkan kemajuan dan kemakmuran Negara.

PERAK
1.  Asal-usul nama :
  • Nama Perak dikaitkan dgn logam perak.
  • Sejarah Perak tulisan A. Halim Nasir - nama Perak sempena nama Sg Perak di Chegar Galah yg terdapat ikan berwarna putih spt perak.
2.  Menurut sejarah Melayu dan Salasilah Perak :
  • Kesultanan Perak diasaskan
  • Tun Saban hadap Sultan Mahmud Shah - memohon putera baginda dirajakan di Perak.
  • Raja Muzaffar putera Sultan Mahmud Shah dihantar ke Perak berserta alat kebesaran negeri iaitu Cura Si Manjakini.
  • Raja Muzaffar ditabalkan sebagai sultan Perak pertama – Sultan Muzaffar Shah.
  • Pusat pemerintahan di Tanah Abang.
3.  Perak terkenal dgn perdagangan bijih timah sejak zaman kerajaan Beruas dan Manjung.
4.  Kekayaan bijih timah menyebabkan kuasa luar ingin menguasai Perak
5.  Acheh menawan Perak dan jadikannya negeri naungan.
Belanda kepung Perak dan memaksa sultan Perak menandatangani perjanjian dengan VOC.
7.  Perak bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda dalam perjanjian ini.
8.  Perjanjian antara Sultan Iskandar Zulkarnain dengan Thomas Acheppers.
9.  Ketika Sultan Mansor Shah di Melaka, Bendahara Megat Terawis tentukan sempadan Siam dan Perak.
10.  Penentuan sempadan memudahkan pembesar Perak memungut cukai.
11  Cukai daripada lombong bijih timah di Klian Intan (diusahakan oleh orang Reman dari Siam) menjadikan negeri Perak kaya.
12.  Siam menyerang Perak beberapa kali.
13.  Perak tewas.
14.  Perak hantar bunga emas setiap tahun kpd Siam.
15.  Perak membenarkan orang Siam membeli bijih timah dengan tidak membayar cukai.
16.  Tindakan Siam tidak terhasil apabila British melibatkan diri melalui Perjanjian Low di Perak.
17.  Harus berbangga dengan kekayaan hasil bumi negeri Perak.
18.  Bersyukur kerana dikurniakan negara yang mempunyai semulajadi yang digunakan untuk kesejahteraan rakyat.

PAHANG
1.  Asal usul nama :
  • Menurut rekod China, orang Cina mengenali Pahang sebagai Phang atau Pahangh.
  • Penulis China iaitu Chao Ju-Kua mencatatkan Pahang sebagai Pong Fong yang dikatakan bernaung di bawah Palembang.
  • Orang Arab mengenali Pahang sebagai Fahan.
  • Menurut cerita tradisi Melayu, nama Pahang diambil sempena nama pokok Mahang yang tumbang merentasi Sungai Pahang di Kampung Kembahang.
  • Menurut buku sejarah Melayu, Pahang dikenali sebagai Pura.
2.  Ketika Melaka diperintah oleh Sultan Mansor Shah, baginda menabalkan putera baginda iaitu Sultan Muhammad Shah menjadi sultan Pahang.
3.  Bermulanya sultan Pahang berketurunan kesultanan Melaka.
4.  Tahun 1641 hingga 1673, Pahang diperintah oleh Yamtuan Muda Johor iaitu Raja Bajau. Ini menandakan berakhirnya keturunan sultan Melaka memerintah Pahang.
5.  Berlakunya perpecahan kerajaan Johor, – Pahang diletakkan di bawah penguasaan Bendahara Johor.
6.  Bendahara Wan Ahmad merampas kuasa daripada Bendahara Tun Mutahri.
7.  Bendahara Wan Ahmad menjadi sultan Pahang – gelaran Sultan Ahmad al-Muadzam Shah.
8.  Menurut catatan Portugis dan China, Pahang menghasilkan beras, bijih timah dan hasil hutan.                                                                                                                                                                                   
KERAJAAN MELAYU BARU  
- kerajaan yang wujud selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Terengganu, Kelantan,           Selangor dan Negeri Sembilan.

KELANTAN
1.  Asal usul nama
  • Sejarawan China – Shen-Yau dari Dinasti Tang mencatatkan nama Kelantan sebagai Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan.
  • Menurut Gerini, nama Kelantan berasal dari gabungan perkataan ‘kolam’ bermaksud tanah dan perkataan ‘autam’ bermaksud sempadan. Gabungan perkataan itu menjadi Kolantam yang akhirnya menjadi Kelantan.
2.  Kelantan pada asalnya diperintah oleh beberapa orang raja di daerah berasingan.
3.  Apabila Long Yunus menjadi Raja Kelantan, masyarakat Kelantan bersatu.
4.  Raja Long Yunus pindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke Kota Bharu.
5.  Kelantan hadapi pertikaian dgn sultan Terengganu
6.  Terengganu menyerang Kelantan.
7.  Terengganu dapat bantuan daripada tentera Patani.
8.  Selepas kemangkatan Long Yunus, – digantikan puteranya Long Muhammad.
9.  Long Muhammad menyerang balas dari Ulu Kelantan
10.  Berjaya membebaskan Kelantan daripada pengaruh Terengganu.
11.  Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad I.
12.  Bagi mengelakkan serangan luar , Sultan Muhammad I menjalin hubungan dengan Siam.
13  Kelantan hantar bunga emas kepada Siam setiap tiga tahun sekali dan Siam membalasnya dengan memberi hadiah yang berharga.
14.  Kesannya Terengganu tidak lagi bermusuh dengan Kelantan.
15.  Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan perdagangan ant Timur dan Barat.
16.  Kuala Sg Kelantan menjadi tempat persinggahan pedagang sebelum ke Teluk Siam, Kemboja dan China.
17.  Kelantan mengeluarkan wang emas yang dinamakan dinar dan wang pitis.
18  Negeri Kelantan dikenali ‘Negeri Cik Siti Wan Kembang’.
19.  Perpecahan semasa sendiri akan memudahkan campur tangan kuasa luar.
20.  Perpaduan benteng utama mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa luar.

TERENGGANU
1. Asal-usul nama :
  • Menurut Sultan Umar – nama Terengganu berasal dari perkataan taring anu, anu merujuk kepada sebutan sebagai harimau.
  • Menurut catatan Cina, Wang Ta Yuan nama Terengganu disebut sebagai Tong Ya Nong dan Teng Ya Nung.
2.  Kerajaan Terengganu muncul apabila Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja daripada keluarga Bendahara Pahang dilantik menjadi raja Terengganu
3.  Baginda bergelar Sultan Zainal Abidin I.
4.  Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman (sultan Johor) kerana hubungan persaudaraan dengan sultan Johor.
5.  Zaman kegemilangan Terengganu – semasa pemerintahan Sultan Mansor Shah I (sultan Terengganu ke-2).
6.  Terengganu menjadi pelabuhan pedalaman terpenting di kepulauan Melayu.
7.  Sultan Mansur Shah I melibatkan diri dalam perdagangan.
8.  Baginda turut melantik wakil-wakilnya menjaga urusan perdagangan.
9.  Barang dagangan ialah lada hitam, emas dan bijih timah.
10.  Terengganu jalin hubungan dengan Siam
11.  Hubungan berterusan apabila Siam meminta bantuan Terengganu menyerang Raja Ligor.
12.  Ia dipersetujui oleh Sultan Mansor Shah I.
13.  Sultan Mansor Shah I hantar bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan.
14.  Siam anggap Terengganu mengakui ketuanan Siam.
15.  Sultan Omar – raja yang berpegang kuat pada ajaran agama Islam
16.  Terengganu – negeri terawal yang menerima agama Islam.
17.  Abad ke-13, tembaga purba bertulisan ayat al-Quran ditemui di Terengganu.
18.  Prasasti Terengganu bertarikh 702 Hijrah atau 1303 masihi menyebut tentang sepuluh darma atau undang-undang khususnya hukum jenayah Islam ditemui.
19.  Pengurusan cemerlang berkait rapat dengan ketegasan dalam menegakkan kedaulatan negara.

SELANGOR
1.  Asal usul nama – sempena nama Sungai Selangor.
2.  Pada awalnya, pemerintahan berasaskan kampung-kampung kecil yang berajakan kerajaan Melayu Melaka.
3.  Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, daerah wujud di Selangor seperti Jeram, Klang, Langat dan Selangor (Kuala Selangor).
4.  Daerah daerah ini terletak di bawah jajahan kerajaan Melaka.
5.  Ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka, Tun Perak dilantik sebagai penghulu Klang.
6.  Kurun ke-17, orang Bugis mendiami kawasan di Klang dan Kuala Selangor.
7.  Klang pada masa itu di bawah kuasa Orang Besar Klang yang bergelar To’ Engku Klang (berasal daripada keturunan sultan Johor yang berketurunan Bendahara.)
8.  Orang Besar Klang hadiahkan cap mohor kepada Yamtuan Selangor untuk mentadbir kawasan Sungai Selangor.
9.  Kurun ke-18, kedudukan Bugis kukuh apabila Raja Lumu ditabalkan oleh Sultan Mahmud (sultan Perak) menjadi sultan Selangor bergelar Sultan Salehuddin Shah.
10.  Masa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah (pengganti Sultan Salehuddin Shah), Selangor menjadi pengeluar bijih timah.
11.  Belanda ingin menakluki Selangor
12.  Belanda menyerang Sultan Ibrahim Shah di Kuala Selangor
13.  Sultan Ibrahim Shah berundur ke Hulu Langat, Bernam dan Pahang.
14.  Dengan bantuan Pahang, Sultan Ibrahim mendapatkan semula Kuala Selangor.
15.  Belanda mengepung Kuala Selangor.
16.  Sultan Ibrahim meminta bantuan Perak
17.  Perak menandatangani perjanjian kerjasama antara Selangor dan Perak.
18  Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah, Sultan Muhammad Shah menjadi sultan.
19.  Iktibar dari sejarah negeri Selangor – setiap usaha yang dilakukan secara gigih pasti mencapai kejayaan.
20. Permuafakatan dan perundingan perlu diamalkan bagi mencapai matlamat.

NEGERI SEMBILAN
1. Asal-usul nama :
  • Negeri Sembilan terdiri daripada 9 buah daerah atau luak
2. Daerah tersebut ialah :
  • Sungai Ujong
  • Rembau
  • Jelebu
  • Johol
  • Ulu Muar
  • Inas
  • Gunung Pasir
  • Terachi
  • Jempul.
3.  Kemajuan Melaka menarik minat orang Minangkabau ke Tanah Melayu.
4.  Mereka menetap di Naning, Sungai Ujong dan Rembau.
5.  Mereka menunjukkan taat setia mereka kepada sultan Melaka kerana sultan Melaka berasal dari Melayu-Jambi.
6.  Sebelum kedatangan orang Minangkabau, telah wujud empat daerah kepunyaan penduduk asli iaitu :
  • Sungai Ujong,
  • Klang,
  • Jelebu
  • Johol.
7.  Keempat-empat daerah adalah dibawah penguasaan kerajaan Melaka.
8.  Selepas kejatuhan Melaka, Bugis mendirikan kesultanan Bugis di Selangor.
9.  Peristiwa ini menyebabkan suasana tidak aman berlaku di Negeri Sembilan.
10.  Keadaan mendorong penghulu-penghulu di Negeri Sembilan memohon kepada sultan Johor seorang putera raja untuk mentadbir negeri mereka.
11.  Johor memberi kuasa kepada penghulu-penghulu tersebut mendapatkan anak raja dari Pagar Ruyong iaitu Raja Melewar.
12.  Raja Melewar ke Siak dan Johor untuk meminta izin memerintah Negeri Sembilan.
13.  Raja Melewar ditabalkan sebagai Yamtuan.
14.  Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong berakhir selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar
15.  Negeri Sembilan adalah pengeluar bijih timah, beras dan hasil hutan.
16.  Keamanan sesebuah negeri dapat dicapai apabila keputusan dibuat secara muafakat.

BAB 7 : JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
(1) Usaha-usaha menegakkan semula Melaka
  1. Melaka dikuasai oleh Portugis. Sultan Mahmud Shah, pembesar termasuk Orang Laut ke Pagoh.
  2. Bina kubu di Bentayan, Muar.
  3. Bersemayam sementara di Pahang.
  4. Ke Pulau Bentan.
  5. Di Bentan – kumpul tentera dgn bantuan jajahan takluk.
  6. Maharaja Lingga, raja Inderagiri, raja Siak dan Sultan Aru (Deli) menghadap Sultan Mahmud Shah di Bentan.
  7. Wakil Manjung dan Beruas, pemerintah Kampar, Klang, Rembau dan Sg Ujong menyatakan taat setia
  8. Portugis serang Bentan.
  9. Sultan Mahmud Shah berundur di Kampar
  10. Mangkat di Kampar
(2)Pengasasan kerajaan Johor
a) Penerusan warisan Melaka
  1. Putera Sultan Mahmud Shah (Raja Ali) jadi sultan gelaran Sul Alauddin Riayat Shah II.
  2. Dikenali Raja Ujong Tanah & Bentan,
  3. Ujong Tanah dikenali sebagai Johor
  4. Sultan Alauddin Riayat Shah II asaskan kerajaan di Tanah Besar Johor
  5. Bendahara dan Seri Nara Diraja ditugaskan bangunkan pentadbiran kerajaan Johor di Pekan Tua.
  6. Kota pertahanan dikenali Kota Kara
  7. Jajahan takluk Melaka dijadikan jajahan takluk Johor.
  8. Sultan Johor mengawal hal ehwal Pahang.
  9. Sul Pahang yang baru akan ditentukan oleh sultan Johor.
  10. Johor kuasai Aru.
  11. Laksamana Tun Abdul Jamil perkukuhkan kuasa Johor ke atas jajahan takluknya.
  12. Beliau tempatkan wakilnya di Bengkalis, Kampar,Jambi, Siak dan Rokan.
  13. Jajahan takluk Johor hantar askar apabila diperlukan.
  14. Negeri kawalan Johor bekalkan barangan eksport
  15. Klang bekalkan bijih timah, kayu gaharu dan gading gajah.
  16. Johor sering diancam oleh Portugis, Acheh dan Jambi.
  17. Sebagai langkah mempertahankan diri, Johor sentiasa ubah pusat pentadbirannya.
(b) Usaha Johor menguasai Melaka
  1. Tidak berputus asa menawan semula Melaka.
  2. Angkatan perang Johor bergabung dgn Perak, Pahang dan Japara(Jawa) untuk serang Melaka.
  3. Serangan gagal sebab : i. kekebalan kota Melaka.  ii. persenjataan Portugis yang lebih baik
  4. Serangan angkatan Johor berterusan
  5. Pembesar Johor yg cuba menawan semula Melak : i. Tun Sri Lanang, ii. Laksamana Tun Abdul Jamil
  6. Gabungan Johor – Belanda – kalahkan Portugis
  7. Laksamana Tun Abdul Jamil kepung Melaka dari darat.
  8. Belanda serang Melaka dari Laut.
  9. Portugis dikalahkan, Belanda menduduki Melaka.
c) Kebangkitan Acheh
  1. Melaka dijajah Portugis – pedagang Benggala, SriLanka, Pegu dan Turki beralih ke Acheh.
  2. Dasar perdagangan Portugis hapuskan monopoli perdagangan di kalangan pedagang asing.
  3. Portugis kenakan sekatan perdagangan ketat.
  4. Kenakan cukai tinggi
  5. Ketika Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh  jadi kuasa kuat kerana menguasai perdagangan Selat Melaka.
  6. Acheh serang Perak, Pahang dan Kedah.
  7. Setelah tawan Pahang, Acheh tentukan bakal sultan Johor.
  8. Acheh tawan Pedir dan Pasai.
  9. Acheh kuasai perdagangan lada hitam
d) Persaingan antara Johor dgn Acheh dan Portugis
  1. Johor, Acheh, Portugis -saing perdag. di Selat Melaka.
  2. Perang selama 100 tahun – Perang Tiga Segi.
  3. johor & Acheh – usir Portugis dari Melaka.
  4. Johor serang Melaka – ingin merampas semula Melaka daripada Portugis.
  5. Acheh serang Melaka sb Portugis halang perdagangan
  6. Acheh serang Johor kerana Johor mengancam perdagangan Acheh
  7. Portugis serang Johor kerana anggap Johor berpakat dengan Acheh untuk menyerang Melaka.
(3) Faktor kegemilangan kerajaan Johor
a) Jajahan takluk Johor dan kecekapan pentadbiran
1. Faktor kegemilangan Johor.
i.  Kecekapan sultan
ii.  Kecekapan pembesar
iii.  Kemajuan dalam kegiatan perdagangan
iv.  Perkembangan bidang persuratan
b) Johor sebagai Pusat Perdagangan
1. Johor kumpulkan hasil dagangan dari jajahan takluk
2. Johor – pelabuhan entrepot bagi Kepulauan Melayu.
3. Kapal dagang Johor berdagang ke Maluku dan Makasar.
4. pedagang China dari Canton dan Amoy datang ke Johor
5. kapal dagang Belanda dan Inggeris di pelabuhan Johor
6. Ketika Sultan Mahmud Shah II pusat pentadbiran berpindah dari Batu Sawar ke Riau.
7. Johor sebagai pembekal kain corak baru
8. Pelabuhan Johor mempunyai kemudahan
9. Mata wang emas dikenali sebagai mas
10. Mata wang perak – kupang
11. Mata wang timah – katun.
12. Mata wang diperkenalkan ketika Alauddin Riayat Shah II.
13. Mata wang asing di pelabuhan Johor – Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda.
14. Johor cekap tadbir pelabuhan, amalkan cukai berpatutan.
15. Keselamatan pedagang asing, sistem naungandiamalkan
17. Setiap pedagang asing dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera Bongsu, Temenggung, Laksamana.
18. Keselamatan pedagang dibantu oleh Orang Laut.
19. Orang Laut menjadi :
i.  pengawal pelabuhan
ii.  pengawas perairan Johor
iii.  Penunda
iv.  penunjuk arah kepada pedagang.
20. Keistimewaan pelabuhan Johor
i.  terlindung tiupan angin monsun.
ii.  jadi pintu masuk di selatan Selat Melaka
iii.  kawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.
iv.  menjadi pusat membina kapal persisiran pantai
c) Perkembangan persuratan Melayu.
1. Johor dikenali pusat persuratan Melayu
2. Tun Sri Lanang susun buku sejarah Melayu
3. Hikayat Hang Tuah – kepahlawanan orang Melayu melalui watak Hang Tuah
4. Hikayat Hang Tuah – keagungan Kesul. Melayu Melaka
5. Riau hasilkan karya sejarah, bahasa, buku agama Islam.
6. Pengarang terkenal – Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji.
7. Naskah asal adalah dalam tulisan jawi bertulis tangan.
8. Kemudian dicetak -guna kaedah cap batu.
9. Johor pusat pengajian ilmu agama Islam ketika Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan Johor.
(4) Kemerosotan kerajaan Johor
a) Perang Johor-Jambi
1. Jambi adalah jajahan Johor.
2. Jambi saingi Johor dalam perdagangan.
3. Jambi cuba dapatkan kebebasan daripada Johor.
4. Jambi meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor.
5. Jambi serang Johor lama dan Batu Sawar.
6. Perang menjejaskan perdagangan Johor.
7. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pahang.
8. Jajahan takluk Johor bebaskan diri drp pengaruh Johor.
9. Tun Abdul Jamil kalahkan Jambi dgn bantuan askarupahan Bugis.
10. Beliau dianugerahi gelaran Paduka Raja
11. Beliau melantik anak-anaknya untuk memegang jawatan seperti Temenggung, Sri Bija Diraja dan Sri Amar Diraja.
b) Perebutan kuasa.
1. Laksamana Tun Abdul Jamil ambil alih tugas Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja.
2. Laksamana Tun Abdul Jamil lantik menantunya jadisultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.
3. Beliau tidak disenangi oleh Bendahara Tun Habib  Abdul Majid
4. Laksamana Tun Abdul Jamil melantik cucunya Sultan Mahmud Shah II (usia 10 tahun) sebagai sultan Johor.
5. Anak beliau iaitu bekas permaisuri Sultan Ibrahim dilantik menjadi pemangku raja
6. Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang sepatutnya menjalankan tugas sultan berasa tidak puas hati.
7. Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia, Bendahara Tun Habib Abdul Majid mendapatkan semula kuasanya
8. Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia,anaknya Tun Abdul Jalil menggantikan tempatnya
c) Perebutan takhta
1. Sultan Mahmud Shah II sultan yang zalim
2. Baginda dibunuh oleh pembesarnya.
3. ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’.
4. Baginda tidak meninggalkan zuriat,
5. Bendahara Tun Abdul Jalil jadi sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.
6. Perlantikan mulakan kesul. Johor keturunan bendahara.
7. Raja Kechil dr Siak dakwa dirinya anak Sultan Mahmud Shah II.
8. Raja Kechil serang Johor dengan bantuan Minangkabau.
9. Orang Laut percayai Raja Kechil dan sokongnya sebagai bukti taat setia kesul. Johor keturunan sultan Melaka.
10. Raja Kechil isytiharkan dirinya sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
d) Penglibatan Bugis di Johor
1. Makasar dikuasai Belanda, ramai orang Bugis diusir
2. lima anak raja Bugis bersaudara – tentera upahan berani.
4.  Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV) berpakat dgn anak raja Bugis bersaudara usir Raja Kechil.
5. Raja Kechil dikalahkan
6. Raja Sulaiman jadi sultan Johor yang baru.
7. Daeng Merewah bergelar Kelana Jaya Putera dilantik jadi Yamtuan Muda Riau.
8. Daeng Menampok dikurniakan gelaran Raja Tua.
9 Pakatan Melayu Johor dan Bugis tidak bertahan lama kerana Bugis inginkan hak melantik sultan Johor mengikut pilihan mereka.
10. Kuasa sultan dan pembesar Melayu semakin lemah.
11 Bugis kukuhkan kuasa -galakkan perkahwinan antara anak Bugis dengan anak raja dan anak pembesar Melayu.
12 Anak mereka guna gelaran raja – Raja Haji, Raja Ali
13. Pembesar Melayu minta bantuan Belanda usir Bugis daripada Riau
14. Peluang kpd pembesar Melayu utk kembali kuasai pemerintahan.
15. Persaingan Melayu dan Bugis berlaku kembali apabila orang Bugis kembali ke Riau.
16. Riau dikuasai oleh Bugis.
17. Temenggung Johor bertapak di Pulau Bulang dan kuasai Singapura dan Tanah Besar Johor.
18. Bendahara Johor bertapak di Pahang.
19. Sultan Johor bersemayam di Lingga.
20. Orang Laut berpecah dan mengikut pembesar Melayu.
21. Orang Laut yang taat kepada kesultanan Melayu menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar.
22. Membawa perpecahan dalam kerajaan Johor.
e) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)
1. Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) di Betawi, Jawa.
2. Hubungan perdagangan di pelabuhan Batu Sawar
3. VOC bimbang Bugis di Johor ancam kedudukannya di Melaka
4. Belanda & Bugis berperang diTeluk Ketapang danRiau.
5. Belanda kalahkan Bugis
6. Belanda melantik David Ruhde gabenor Belanda di Riau.
7. VOC bertindak usir orang Bugis.
8. Persengketaan Belanda dan Bugis – kesan buruk  kepada kerajaan Johor.
9. Belanda yang berada di Betawi dan Melaka mencaripeluang menguasai Johor.
10. Apabila Belanda berjaya menguasai Riau, Belanda menghapuskan jawatan sultan dan Yamtuan Muda.
(5) Rumusan
1.  Johor menjadi lemah dan berpecah
2.  Perebutan kuasa antara pembesar timbulkan kacau-bilau
3.  Campurtangan kuasa luar menimbulkan pelbagai masalah sehingga kejatuhan             kerajaan Johor.