Pages

Saturday, 27 June 2015

KEMEROSOTAN MELAKA

Sejarah Tingkatan 1 Bab 6

Bab 6 : Kemerosotan Melaka

1. Kelemahan dan kepemimpinan

  • Tun Perak diganti Tun Mutahir
  • Tun Mutahir bersikap pilih kasih
  • Perasaan iri hati terhadap Bendahara Tun Mutahir
  • Tun Mutahir difitnah cuba atasi kekayaan sultan
  • Sultan Mahmud Shah jatuhkan hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa
  • Sultan sedari kesilapannya
  • Serahkan negeri kpd Raja Ahmad sebagai sultan
  • Sultan Ahmad Shah pemerintah lemah dan tidak cekap
  • Tun Perpatih Putih gantikan Tun Mutahir – uzur/sakit
  • Pentadbiran lemah kerana tiada pemimpin berwibawa, berlaku rasuah, fitnah berleluasa
  • Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan, - cukai tinggi dikenakan
  • Kesannya pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei


2. Masalah perpaduan

  • Tun Mutahir sebagai bendahara timbulkan persaingan orang Melayu dengan orang India Muslim
  • Amalan pilih kasih dalam pentadbiran
  • Perebutan pengaruh wujud antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir (keturunan India Muslim)
  • Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan
  • Sultan bunuh Tun Mutahir &keluarga tanpa usul periksa
  • Rakyat Melaka berpecah belah
  • Perdagangan Melaka merosot
  • Keutuhan kerajaan terjejas


3. Kelemahan askar Melaka

  • Askar Melaka guna senjata tradisional
  • Senjata Portugis lebih baik
  • Ang. perang Melaka tidak ada struktur lengkap
  • Portugis dipimpin Alfonso de Albuquerque
  • Askar Portugis lebih terlatih dan dapat sokongan dari Goa, India
  • Askar upahan dr Jawa larikan diri ketika Portugis serang Melaka


4. Kedatangan Portugis

-Sebab kedatangan.

  • Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik)
  • Putera Henry dorong Portugis belayar ke Timur
  • Portugis temui jalan laut ke Timur
  • Bartholomew Diaz berjaya ke Tanjung Harapan
  • Vasco da Gama sampai di India
  • Lopez de Sequeira tiba di Melaka
  • Portugis meneruskan Perang Salib
  • Hancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk Melaka
  • Ingin sebarkan Kristian di Timur
  • Kuasai perdagangan rempah
  • Rempah ratus diperlukan di Eropah untuk awet makanan, sedapkan makanan seperti daging, panaskan badan

-Portugis menguasai Melaka

  • Lopez de Sequeira dihantar ke Melaka
  • Mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah
  • Dibenarkan berniaga di Melaka
  • Pedagang Islam Jawa dan Gujerat dapat maklumat - Portugis ingin kuasai perdagangan dan menentang Islam
  • Disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir
  • Tun Mutahir nasihatkan sultan agar menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan, Ruy de Araujo
  • Ramai Portugis ditangkap mati dibunuh
  • Lopez de Sequeira berjaya lari ke Goa
  • Raja Portugal hantar angkatan laut pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk serang Melaka
  • Alfonso tuntut pembebasan tawanan Portugal, ganti rugi, kubu di Melaka
  • Sultan Mahmud menolak tuntutan Alfonso
  • Alfonso bertindak menyerang Melaka
  • Serangan pertama - jambatan Sungai Melaka dikuasai
  • Si Kitol beri maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka kepada Portugis.
  • Sultan Ahmad Shah lancarkan serangan balas
  • Askar Portugis terpaksa berundur
  • Semangat perjuangan askar Melaka membara apabila mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
  • Serangan kedua - Alfonso berjaya kuasai Melaka
  • Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan rakyat berundur ke Muar
  • Kemudian ke Pahang
  • Seterusnya ke Bentan
  • Di Bentan, Sultan Mahmud Shah dirikan kerajaan baru

5. Rumusan

  • Usaha mempertahankan kedaulatan bangsa ditunjukkan oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah serta rakyat Melaka harus disanjung
  • Kita harus mengambil iktibar daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya peristiwa pahit tidak akan berulang lagi

No comments:

Post a Comment