Pages

Friday, 26 June 2015

KERAJAAN KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

KERAJAAN AGRARIA  :KERAJAAN ANGKOR,KERAJAAN FUNAN

                    KERAJAAN MARITIM  :KERAJAAN CHAMPA,CHIH TU,SRIVIJAYA,KEDAH    TUA,MAJAPAHIT

Kerajaan Angkor

Pengasasan

Ø Abad ke 7 masihi
Ø Pusat kerajaan terletak di hilir Sungai Mekong

Pemerintahan

Ø Raja dibantu oleh kerabatnya yang menjalankan tugas pentadbiran
Ø Zaman kegemilangan-Raja Suryavarman
Ø Raja dianggap Devaraj yang berkuasa mutlak

Ekonomi

Ø Kawasan pertanian utama terletak di sekitar Tasik Tonle Sap
Ø Membina ‘Baray’ untuk kemudahan sistem pertanian

Agama

Ø Hindu dan Buddha



Nota Kerajaan Champa

Kerajaan Champa

1. Kerajaan Champa diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu Lien

2. Raja Champa ini telah dipengaruhi oleh agama Hindu

3. Pegawai pemungut cukai terdapat dalam struktur pentadbirannya

4. Inderapura merupakan pelabuhan yang terkenal

5. Pengaruh China mula bertapak sekitar kurun ke-13 dan berakhir pada kurun ke-15

6. Pada tahun 4000 masihi, kerajaan Champa diterajui oleh Bhadravarnom, menurut sumber sanskkrit

7. Kerajaan Chanpa ditadbir oleh 14 buah dinasti

8. Pada tahun 655 Masihi, nama Champa mula wujud

Nota Kerajaan Chih - Tu

Kerajaan Chih Tu

1. Kerajaan Chih Tu atau Tanah Merah terletak di hulu Sungai Kelantan menurut catatan I-Ching

2. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Gautama pada awal abad ke-6 Masihi

3. Chih Tu mempunyai corak pentadbirannya yang tersusun dan raja pula berkuasa mutlak

4. Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran.

5. Sistem pemerintahannya menerima pengaruh Hindu seperti corak pemerintahan Srivijaya

Nota Kerajaan Majapahit

Kerajaan Majapahit

1. Pengasas kerajaan ini ialah Raden Wijaya yang dipengaruhi agama Hindu-Buddha

2. Melaksanakan sistem pentadbiran Undang-undang Manu

3. Pentadbiran raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang Menteri

4. Kerajaan Majapahit dikatakan mencapai zaman kegemilangan pada masa pemerintahan Hayam Wuruk atau Raja Senagara

5. Baginda dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada

6. Keamanan yang dicapai oleh kerajaan ini menyebabkan Majapahit dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari Asia tenggara, China, India dan Timur Tengah

7. Majapahit telah menjadii tempat perdagangan utama pada abad ke - 15 Masihi

8. Kataha (Kedah Tua) dan Temasik merupakan pelabuhan utama

Nota Kerajaan Srivijaya

Kerajaan Srivijaya

1. Kerajaan Srivijaya diasaskan sekitar abad ke 7 Masihi

2. Kerajaan ini berpuusat di Palembang, Sumatera yang juga merupakan pelabuhan pelabuhan Sriivijaya yang penting

3. Kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun. Sistem pemerintahan rajanya berkuasa mutlak

4. Mengikut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau

5. Raja memerintah melalui nasihat daripada menter-menterinya

6. Menteri-menteri pula adalah orang perantaraan di antara raja dengan rakyat

7. Sistem pemerintahan Srivijaya dapat diperoleh melalui catatan pada batu bersurat yang bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu

8. Mengikut catatan tersebut terdapat tiga bahagian pentadbiran iaitu
a. Pentadbiran diraja
b. Pentadbiran ketenteraan
c. Pentadbiran Daerah

9. Palembang dapat menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa walaupun Palembang bukan pelabuhan yang strategik

10. Kerajaan ini telah menguasai seluruh kegiatan perdagangan maritim di Asia Tenggara

11. Antara hasil bumu Srivijaya ialah damar, cendena, lada hitam, kapur barus dan kemenyan

12. Kemajuan kerajaan ini adalah disebabkan kemampuannya menyusun pertukaran barangan Asia Tenggara untuk keperluan perdagangan antara China, India dan Barat

Nota Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua

1. Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua atau Che-Cha wujud pada kurun ke-5 Masihi

2. Kerajaan ini antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu

3. Pusat pentadbiran kerajaan ini pada awalnya ialah di Sungai Mas dan kemudian berpindah ke Lembah Bujang

4. Pada tahap awal kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannyaagama Hindu

5. Bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan candi di Lembah Bujang

6. Kerajaan Kedah Tua menjadi pelabuhan persinggahan pelayar di utara Selat Melaka

7.Kapal-kapal yang belayar dari Arab, perak, India danCeylon di Teluk Benggala akan singgah di pelabuhan ini sebelum meneruskan palayaran ke tempat-tempat lain.

8. Gunung Jerai menjadi penanda kepada kapal-kapal bahawa mereka sudah tiba di pelabuhan Lembah Bujang dan Sungai Mas.

9. Bentuk muka bumi Kedah adalah rata, ini membolehkan Kedah menjadi pengeluar padi utama

10. Status pelebuhan entrepot telah menjadikan Kedah Tua sebagai pusat dagangan hasil tempetan seperti emas, bijih timah, lada hitam serta hasil hutan seperti damar, rotan, tanduk dan gading

11. Kegemilangan kerajaan ini terbukti dengan penemuan arkeologi di Lembah Bujang iaitu dua keping wang Perak yang dipercayai berasal dari zaman al-Mutawakil (tahun 847 -861 Masihi), manik dari India dan kaca dari Timur Tengah

No comments:

Post a Comment